Tidak Rasmi: Anwar Menang PRK Port Dickson

KUALA LUMPUR – Keputusan tidak rasmi setakat jam 8 malam menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson setelah memperolehi 30,525 undi.

Calon PAS berada di tempat kedua dengan perolehan 7,312 undi manakala bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohd Isa Abdul Samad di tempat ketiga dengan 4,171 undi.

Majoriti kemenangan yang diperolehi Anwar lebih besar meskipun mendapat jumlah undi yang lebih rendah berbanding PRU14 yang lalu.

Pada PRU14, calon PKR Danyal Balagopal Abdullah meraih 36,225 undi manakala BN memperolehi 18,515 undi dan calon PAS meraih 6594 undi.

BN tidak menyertai PRK Port Dickson selepas mengambil keputusan memboikotnya. – SuaraTV

One thought on “Tidak Rasmi: Anwar Menang PRK Port Dickson

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.