Rasmi: Perolehan Undi Merosot Gagal Halang Anwar Menang Dengan Majoriti Besar

KUALA LUMPUR – Walaupun berdepan kemerosotan jumlah perolehan undi yang ketara dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson ia tidak menghalang kemenangan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan rasmi diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyaksikan Anwar memperolehi 31,016 undi, merosot sebanyak 5,209 undi berbanding 36,225 undi yang diraih PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) Mei lalu.

Calon PAS Leftenan Kolonel (B) Mohd. Nazari Mokhtar mendapat 7,456 undi berada di tempat kedua, diikuti calon Bebas bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad yang meraih 4,230 undi.

Lain-lain calon Bebas, Mohd. Saiful Bukhari Azlan 82 undi, Stevie Chan Ken Leong 337 undi, Kan Chee Yuen (154) dan Lau Seck Yan mendapat 214 undi.

Anwar diumumkan sebagai pemenang dengan majoriti 23,560 undi, lebih besar berbanding majoriti kemenangan 17,710 undi yang diraih PKR pada PRU14.

Tindakan BN yang tidak bertanding dalam PRK Port Dickson menjadi faktor utama kemenangan Anwar dengan majoriti lebih besar dari sebelumnya. BN memperolehi 18,515 undi pada PRU14 lepas. – SuaraTV

 

One thought on “Rasmi: Perolehan Undi Merosot Gagal Halang Anwar Menang Dengan Majoriti Besar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.