Rafizi Dapat Kelebihan Jika Anwar Menang PRK Port Dickson – Penganalisis

Seandainya Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson, keputusan itu dijangka memberi kelebihan kepada Rafizi Ramli dalam persaingan me­rebut jawatan Timbalan Presi­den PKR.

Hal demikian adalah berlandaskan persepsi kononnya bekas Ahli Parlimen Pandan itu seolah-olah mendapat restu Anwar untuk mencabar penyandang Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pemerhati politik melihat, bagi mengelakkan berlakunya krisis dalam PKR, ahli parti pas­tinya mengambil langkah selamat dengan memastikan Anwar digandingkan dengan seorang Timbalan Presiden yang di­senangi beliau dan individu yang dianggap sesuai ialah Rafizi.

“Berdasarkan persepsi, orang kepercayaan Anwar adalah Rafizi. Orang melihat kalau beliau percaya kepada Mohamed Azmin, sudah pasti tidak akan berlaku pertandingan,” menurut Pensyarah Kanan Bahagian Politik dan Polisi Awam Sekolah Perdana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Mazlan Ali kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Bagaimanapun Anwar pernah mencadangkan kepada Rafizi supaya tidak bertanding tetapi akhirnya akur dengan hasrat Naib Presiden PKR itu untuk bertan­ding bagi menyuburkan amalan demokrasi.

Pemilihan seterusnya akan diadakan di Selangor pada Ahad ini, dan negeri itu merupakan kubu kuat Mohamed Azmin berdasarkan kedudukannya sebagai Pengerusi PKR negeri dan bekas Menteri Besar Selangor.

Kem Rafizi kini dalam keada­an tertekan dan tidak boleh membiarkan Mohamed Azmin menang besar di Selangor, kerana negeri itu menguasai separuh daripada 800,000 ahli parti yang layak mengundi. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.