PM Rasmi Hari Sukan Negara

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan Hari Sukan Negara di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil di Bandar Sukan Kuala Lumpur, Bukit Jalil di sini hari ini.

Perdana Menteri menyerahkan bendera rasmi Hari Sukan Negara kepada atlet olahraga negara, Syaidatul Afifah Badrul Hamidi sebagai simbolik perasmian Hari Sukan Negara.

Sebelum itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, membuat terjunan ‘Flying Fox’ membawa bendera itu untuk diserahkan kepada Perdana Menteri.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. Hadir sama, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah.

Perdana Menteri turut melepaskan peserta ‘Fun Ride’, ‘Fun Run’ dan ‘Fun Walk’.

Kira-kira 25,000 peminat sukan hadir memeriahkan Hari Sukan Negara 2018, di mana sebanyak 33 kegiatan sukan mewarnai acara Hari Sukan Negara bermula 8 pagi hingga 5 petang hari ini. – BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.