MITC Mohon Maaf, Tutup Gerai Pameran Produk Tidak Halal

MELAKA: Susulan kritikan pelbagai pihak, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh hari ini memohon maaf kerana membenarkan gerai produk bukan halal dibuka di dalam dewan pamerannya.

Ketua Pegawai Eksekutif MITC Abdul Wahab Ibrahim berkata, tujuh gerai yang menjual produk berasaskan daging babi di ekspo ‘Tastefully Food and Beverage’ sudah diarahkan ditutup.

Abdul Wahab mengakui bahawa mereka terlepas pandang berkaitan penempatan gerai-gerai pameran di ekspo berkenaan.

“Kami telah menutup semua tujuh gerai yang menjual produk tidak halal,” katanya.

Rata-rata netizen berkata ini adalah kali pertama produk bukan halal dijual di dalam dewan pameran.

Sebelum ini, gerai-gerai yang berasaskan   produk bukan halal dihadkan ke kawasan tempat letak kereta.

Ekspo tersebut bermula pada hari Jumaat dan berakhir pada esok. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.