VIDEO: Mat Sabu Tergamam, Diasak Soalan Panas

KUALA LUMPUR – Menteri Pertahanan Mohamad Sabu tergamam ketika diadak seorang hadirin pada sebuah program yang bertanyakan tentang bagaimana Malaysia mahu berkecuali dengan Amerika Syarikat setelah mendapat bantuan kewangan dari negara itu. 

Dalam sebuah dialog bertajuk  PRU-14 Gerakan Rakyat Menangkan Pakatan Harapan. Di mana Cendekiawan? Mohamad atau Mat Sabu pada mulanya bercakap tentang keputusan Malaysia untuk tetap bersahabat dengan China walaupun didekati oleh Amerika Syarikat untuk bersama-sama menentang negara itu. 

Kemudian mencelah seorang pemuda bertanyakan bagaimana kerajaan Pakatan Harapan hari ini mahu bertindak demikian setelah menerima bantuan sebelum pilihan raya dan perkara itu telah diakui sendiri oleh Bersih dan Maria Chin yang pernah meneraju organisasi itu.

Mat Sabu yang juga Ahli Parlimen Kota Raja akhirnya hanya tergamam dengan fakta yang disuarakan lelaki muda itu. 

“Saya tidak tahu kami Amanah tidak terima wang dari mana-mana. Diam) Itu kena tanya…,” katanya. 

Ketidakadilan perkara ini bagi lelaki tersebut pada akhirnya hanya disambung oleh menteri dengan mempertahankan Pakatan Harapan. 

Ujarnya jika terbukti berlaku penyelewengan kerajaan boleh digulingkan secara demokrasi. 

“Kalau kami menyeleweng tumbangkan kami, jadi alat mereka tumbangkan kami,” katanya ringkas. 

Situasi semakin tegang apabila Mohamad Savu dilihat gagal memberikan jawapan yang tepat kepada pemuda itu sebelum dia meninggalkan dewan. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.