Grab Milik Isteri Saya Terbukti Fitnah PH, kata Najib

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berkata tuduhan kononnya isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pemilik Grab atau Uber adalah fitnah Pakatan Harapan bagi menyemarakkan kebencian terhadap mereka.

Jelasnya ia terbukti apabila kerajaan hari ini menggalakkan rakyat menggunakan syarikat perkhdmatan e-hailing itu.

“Sebelum pilihan raya umum ke-14, salah satu fitnah yang disebar oleh mereka yang menyokong PH kononnya isteri saya, Rosmah adalah pemilik Uber dan Grab.

“Jika benar isteri saya pemilik Grab, kenapa PH mahu menggunakan Grab?,” katanya menerusi posting di Facebook mengulas kenyataan Kementerian Kewangan yang dilaporkan berhasrat perkhidmatan menggantikan bas perantara untuk pengguna MRT dan LRT kepada perkhidmatan e-hailing, Grab.

Jelasnya, sedar akan fitnah Pakatan Harapan, terdapat beberapa pemandu teksi yang meminta maaf kepadanya kerana terpedaya dengan parti itu.

“Selepas pilihan raya umum ke-14, saya sempat bertemu dengan beberapa pemandu teksi. Ada antara mereka meminta maaf kepada saya kerana terperdaya dengan fitnah itu kerana melihat Uber dan Grab sebagai saingan kepada sumber rezeki mereka.

“Mereka beritahu ramai pemandu teksi yakin bahawa kerajaan PH akan mengisytiharkan perkhidmatan Uber dan Grab haram di Malaysia jika mereka menang. Sebab itu, mereka turut membantu berkempen bagi PH dan mencemuh kerajaan BN setiap kali membawa penumpang,”katanya lagi.

Dalam pada itu, Najib berkata sukar untuk mengharamkan Grab kerana ianya terhasil daripada aplikasi di telefon pintar yang mendapat tempat di kalangan rakyat pada hari ini.

Walaubagaimanapun kerajaan menurut beliau boleh memberikan menggunakan inisiatif bantuan permit persendirian kepada pemandu teksi bagi membantu kumpulan itu.

“Saya akui dapat lihat ramai rakyat Malaysia senang dengan khidmat e-hailing pada masa itu. Ramai pemandu Malaysia turut memperoleh pendapatan tambahan apabila menjadi pemandu Grab atau Uber,” katanya.

“Untuk itu, saya rasakan perlu ada kesinambungan persaingan bagi semua perkhidmatan. Rancangan kerajaan ialah mengawal selia Uber dan Grab sambil memastikan lebih banyak bantuan kepada pemandu teksi.

“Kerajaan BN semasa saya perdana menteri dulu berusaha supaya pemandu teksi mendapat permit persendirian, bukan lagi menyewa permit daripada syarikat kroni yang menerima beribu permit hasil legasi sebelum pentadbiran saya,” tambahnya. -SuaraTv

One thought on “Grab Milik Isteri Saya Terbukti Fitnah PH, kata Najib

  • October 13, 2018 at 8:16 pm
    Permalink

    Bo la yan…! Nk minta simpati poorah!!! Nak translate konon? Tunggu jatuh hukum nak translate ke mana ha??? Rosak punah musnah keji jijik kotor korup!!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.