Exco Melaka Dakwa Isteri Hanya Tumpang Seketika Kereta Rasmi Kerajaan

MELAKA TENGAH – Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Industri Asas Tani Melaka, Norhizam Hassan Baktee menafikan tuduhan tersebar di laman sosial terhadap isterinya yang didakwa sewenang-wenangnya menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk ke tempat kerja.

Menurutnya, gambar kenderaan berkenaan sengaja disebarkan oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan imej serta reputasi beliau sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Exco Kerajaan Melaka.

“Sebetulnya pada tarikh berkenaan, kenderaan peribadi milik isteri saya rosak di tepi jalan ketika beliau dalam perjalanan untuk ke tempat kerja.

“Pada ketika itu, saya berada di luar kawasan bagi menjalankan tugas rasmi kerajaan negeri,” katanya.
Menurutnya, atas sikap tanggungjawab, beliau kemudian memohon pemandunya membantu isterinya membaiki kenderaan tersebut dengan menghubungi mana-mana mekanik terdekat.

Berita Berkaitan;-
Exco Melaka Dakwa Sering Dapat Mesej Lucah Dari Wanita
VIDEO: ”Saya Tak Nak Cakap Dengan Orang Yang Tak Sekolah”
VIDEO: Exco DAP Melaka ‘Gangster’ Dengan Nelayan Kerana Bendera

“Sebaik mekanik sampai, isteri saya dimaklumkan kerja membaiki kerosakan ambil masa agak lama dan mekanik itu mencadangkan supaya pemandu saya hantar isteri ke tempat kerja yang terletak di MITC (Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka) sementara kenderaan itu dibaiki.

“Pemandu saya dengan penuh berhemah menghubungi saya bagi memaklumkan untuk menghantar isteri saya ke tempat kerja dan seterusnya pemandu saya pulang semula ke pejabat,” katanya.

Norhizam berkata, tidak timbul isu isterinya menggunakan harta kerajaan sesuka hati.

“Dalam hal ini, ia ibarat isteri saya menumpang seketika menaiki kenderaan itu sementara kenderaan milik isteri siap dibaiki.

“Lagipun, isteri saya tidak memandu kenderaan berkenaan sebaliknya yang memandu adalah orang lain, iaitu pemandu saya.

“Penerangan ini diharap dapat memberi pencerahan berhubung dakwaan yang tular di laman sosial,” katanya. – Awani


Dua isu berkaitan penggunaan kereta rasmi Kerajaan Melaka yang hangat diperkatakan di media sosial. Tiga gambar di bahagian kiri, netizen mendakwa Norhizam parkir kereta di tempat yang tidak wajar. Gambar Kanan, netizen mendakwa isteri Norhizam menggunakan kemudahan kereta rasmi kerajaan untuk ke tempat kerja dan parkir di tempat yang tidak sepatutnya.

 

Berita Berkaitan;-

Netizen Tolak Penjelasan Exco Gangster

VIDEO: Exco Melaka Tutup Jalan Syurga, Buka Pintu Neraka, Kata Penduduk

VIDEO: Selepas Teruk Dikecam, Akhirnya Norhizam Mohon Maaf

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.