Cukai Pelancongan Tidak Akan Dihapuskan

KUALA LUMPUR – Tiada cangan untuk menghapuskan Cukai Pelancongan kepada setiap pelancong asing yang mengunjungi Malaysia.

Kata Menteri Pelancongan, Seni Dan Budaya (Motac) Datuk Mohamaddin Ketapi cukai itu ditetapkan walaupun menerima rungutan daripada pelancongan.

“Tetapi jika dilihat pada nilai cukai RM10, dan dibandingkan dengan nilai matawang mereka, ia hanya jumlah kecil untuk dibayar ketika melancong ke negara ini,” katanya ketika kepada pemberita selepas sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Motac.

Malaysia mula melaksanakan Cukai Pelancongan tersebut selepas Parlimen meluluskan pelaksanaannya bermula 1 Sept 2017.

Dalam masa yang sama beliau berkata tiada cadangan untuk menaikkan kadar cukai terbabit buat masa ini kerana ia dilihat masih berpatutan.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.