Video: Ainina Saman 6 Ahli PPBM Kerana Tuduh Beliau Terima Wang RM7 Juta Dari UMNO

Salah seorang pengasas dan bekas Ketua Serikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Ainina Saadudin telah memfailkan saman fitnah terhadap enam ahli PPBM untuk membersihkan namanya selepas dituduh menerima rasuah sebanyak RM7 juta dari UMNO.

Empat daripada mereka merupakan barisan kepimpinan PPBM bahagian Langkawi yang dilantik oleh ketua PPBM Langkawi.

Saman fitnah berkenaan telah difailkan di Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam menerusi tetuan Abdul Aziz & Yazmin, semalam.

Ainina bagaimanapun tidak mendedahkan identiti pihak yang disamannya itu.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.