Sokongan Pengundi Muda Dijangka Meningkat Lagi 10% Menjelang Pru14

Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 hampir menjelang tiba. Dalam keadaan semua parti politik sedang bersiap sedia, sokongan pengundi muda terhadap kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak semakin meningkat.

Ia berdasarkan kepada trend terkini termasuk kajian oleh firma penyelidikan media sosial, Politweet pada Julai lalu mendapati populariti Barisan Nasional (BN) di Facebook meningkat hampir sekali ganda berbanding pembangkang.

Berdasarkan kajian tersebut, secara umum seramai 5.8 juta pengguna FB di negara ini yang berusia 21 tahun ke atas didapati lebih cenderung kepada BN berbanding 3.1 juta pengguna FB yang menyokong parti-parti pembangkang.

Dengan hasil dapatan daripada kajian ini, ia merumuskan bahawa pengundi muda masih memilih BN disebalik usaha pembangkang yang cuba memburukkan kerajaan.

Malah menerusi pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri pada hujung bulan ini, sebahagian aspirasi yang diketengahkan oleh golo­ngan muda melalui Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bakal diumumkan untuk dilaksanakan.

Aspirasi yang disuarakan mereka yang menyentuh soal pendidikan dan alam sekitar, tidak memerlukan masa yang panjang untuk dijadikan agenda kerajaan dan idea mereka ini diproses menerusi Dialog TN50, akan direalisasikan dalam Bajet 2018.

Berdasarkan keadaan ini, ia menunjukkan golongan muda diberikan perhatian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.