Setiap Malam Doktor Ini Menyamar Jadi Gelandangan, Ini yang Dilakukannya

Dr Jim Whiters adalah seorang doktor di Pittsburgh, Pennylvania. Setiap malam dia akan berpakaian seperti gelandangan. Dia memakai pakaian lusuh serta membawa beg usang. Dia akan mengelilingi kota bersama rakannya, Mike Sallows. Apa sebenarnya yang dilakukannya?

Ternyata setiap malam Jim akan menjadi gelandangan untuk mengubati para gelandangan dan pengemis yang ada. Dia melakukan cara itu supaya dia boleh diterima baik oleh semua gelandangan.

Menakjubkan, Dr. Jim sudah melakukan hal itu sejak 1992. Sejak itu, dianggarkan dia sudah merawat lebih 26,400 orang dalam masa 22 tahun atau kira-kira 1,200 orang setiap tahun.

Dengan Usahanya sendiri, Dr. Jim kemudian menubuhkan yayasan amal ‘Operation Safety Net’ yang merupakan sebahagian dari Pittsburgh Mercy Health System.

Kini, lebih dari 90 negara telah menerapkan hal serupa untuk mengembangkan unit kesihatan ‘jalanan’.

Bagaimana Jim memulakan kegiatan mulia itu ? 

“Sejak mula melihat isu-isu kesihatan, saya mula menyedari bahawa masih ramai orang yang sengsara, dengan keadaan yang membimbangkan dan tidak dapat menggunakan perkhidmatan kesihatan,” ucap Dr .Jim sebagaimana ditulis The Huffington Post.

Sejak itulah, Dr. Jim memiliki keinginan kuat untuk membantu menolong gelandangan dan warga miskin di Pennsylvania.

 

Image result for Dr Jim Withers

Sayangnya, ketika itu Dr. Jim tidak ada pengalaman jadi doktor di jalanan , keadaan itu menyebabkan dia sukar mendekati para gelandangan itu.

Akhirnya, dia pun bertemu dengan Mike Sallows, yang dulunya merupakan gelandangan.

Melalui Mike, Dr. Jim dibantu untuk menghubungkannya dengan komuniti gelandangan dan pengemis.

“Jangan berpakaian seperti doktor, mereka tidak suka dengan cara itu,” itulah pesan Mike yang paling diingat oleh Jim.

Dari situlah dia mulai berpakaian seperti gelandangan.

Berpakaian lusuh sambil membawa beg usang berisi ubat-ubatan. Dia menghampiri para gelandangan di pinggir-pinggir jalan hingga di bawah jambatan.

Jasa mulianya ini telah menginspirasi lahirnya yayasan sosial di bidang kesihatan masyarakat kelas bawah yang diaplikasikan di 90 negara di seluruh dunia.

Dr. Jim juga dianggap sebagai seorang pahlawan di Pittsburgh. Atas sokongan dari isterinya, Gayathri, sekarang dia telah mengubati 26,000 orang gelandangan sejak tahun 1992.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.