Rafizi Perlu Berhenti Bercakap Mengenai Kapal Terbang – Raja Petra

Tulisan asal oleh:
Raja Petra Kamarudin, Malaysia Today, 12 Oktober 2017

Dalam satu catatan blog yang disiarkan pada 2 Oktober 2017, Rafizi Ramli menceritakan dengan terperinci mengenai syarikat penerbangan Malaysia, MAS, yang telah ‘membazirkan’ RM53 bilion untuk membeli 75 pesawat baru. Ketika syarikat penerbangan utama di seluruh dunia menggunakan teknologi terbaru dan mendahului dalam perniagaan penerbangan, Rafizi mahu MAS menggunakan pesawat Perang Dunia Kedua.

Untuk seorang yang berpendidikan Inggeris seperti Rafizi, kita akan menjangkakan beliau akan mengetahui maksud penny-wise-pound-fooled. Pada masa ini ketika orang membuat tempahan penerbangan mereka, mereka ingin tahu pesawat apa yang mereka akan naiki. Jika ia adalah pesawat antik tanpa internet dan sebagainya maka mereka tidak akan mahu menempah penerbangan itu. Kenapa anda rasa orang lebih suka terbang Emirates dan syarikat penerbangan yang sewaktu dengannya?

Emirates mempunyai 244 pesawat Airbus A380 dan Boeing 777 dan mereka sedang menunggu penghantaran 262 pesawat yang bernilai AS$120 bilion. Ia adalah kira-kira 500 pesawat bernilai kira-kira RM1 trilion. Biar saya ulangi: SATU TRILION RINGGIT. Dan Rafizi mahu bising hanya kerana RM53 bilion?

Apa-apa pun, pesawat-pesawat itu tidak diperolehi sekali gus tetapi sedikit demi sedikit. Dan mereka sebenarnya bukanlah untuk menambah pada bilangan pesawat yang sedia ada tetapi untuk menggantikan pesawat yang mana sewaannya akan tamat tempoh dan akan ditamatkan penggunakannya. Dan apabila anda menamatkan penggunaan pesawat lama anda perlu menggantikannya dengan yang baru atau jika tidak, syarikat penerbangan itu tidak akan mempunyai pesawat.

Kemudian terdapat peningkatan bilangan pelancong masuk dan keluar yang perlu dikendalikan. Lapangan Terbang Antarabangsa KL adalah lapangan terbang tersibuk ke-14 di dunia dan tahun lalu ia mengendalikan 53 juta penumpang, 70% daripada mereka adalah penumpang antarabangsa. Jadi, bukan sahaja lebih banyak pelancong asing datang ke Malaysia tetapi lebih ramai rakyat Malaysia juga yang pergi ke luar negara untuk bercuti. Oleh itu haruskah MAS tidak memanfaatkan peningkatan penerbangan udara ini dan sebaliknya membenarkan orang lain mengambil peluang perniagaan itu?

Ini adalah dunia yang kompetitif dan perniagaan syarikat penerbangan adalah industri yang kompetitif. Perniagaan syarikat penerbangan sangat kompetitif sehingga melainkan jika anda menawarkan penumpang anda kemudahan yang terbaru dan yang terbaik, anda boleh melupakan sahaja niat untuk berurus niaga dengan mereka.

Rafizi perlu berhenti berfikir seperti orang kampung Melayu dari Kemaman dan berbincang dengan kawan-kawannya di DAP. Kemudian beliau akan tahu bahawa wang menghasilkan wang. Rafizi telah menikmati kehidupan seperti apa yang DAP akan melabel ‘seorang Melayu tua yang menikmati faedah DEB’ sehinggakan beliau tidak faham makna persaingan. Walaupun selepas tamat pengajian, beliau tidak perlu bersaing untuk mencari pekerjaan dan ditawarkan pekerjaan yang selesa di Petronas yang membolehkan beliau begitu banyak masa lapang dengan gaji yang tinggi hanya kerana beliau seorang Melayu.

Pada Rafizi semuanya adalah mengenai politik murahan. Apabila pelancong menempah tiket penerbangan mereka, mereka tidak bertanya tentang kepercayaan agama atau politik anda. Mereka mahu tahu pesawat apa yang anda terbang. Dan melainkan jika MAS boleh bersaing dengan pemain utama (ini belum mengenai memintas mereka) maka sayonara MAS.

Jika anda mendengar kata Rafizi (maksudnya tidak membeli pesawat baru tetapi menggunakan pesawat WWII yang lama), MAS akan menjadi sama seperti ‘Langkah Kajang’ yang akhirnya mengakibatkan kematian Pakatan Rakyat. Dan kemudian, selepas Pakatan Rakyat dibunuh oleh ‘Langkah Kajang’, mereka membentuk Pakatan Harapan dan membuat huru-hara yang lebih dasyat. Mereka dalam keadaan yang teruk sehinggakan mereka terpaksa mengundang Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai mereka untuk membantu ‘menyelamatkan’ pakatan parti pembangkang. Dan Mahathir kini membunuh pembangkang dengan lebih cepat lagi.

Bayangkan Amerika Syarikat mengundang Osama Bin Laden untuk menjadi Presidennya? Itulah yang berlaku kepada Pakatan Harapan.

Ya, itulah Rafizi Ramli. Urusannya sendiri tidak terkawal tetapi mahu melantik dirinya sebagai perunding MAS untuk menasihati mereka bagaimana untuk mengendalikan sebuah syarikat penerbangan.Adakah Rafizi ini tidak tahu malu?

Dan Mahathirlah yang memusnahkan MAS dan Perdana Menteri Najib Tun Razak yang sedang cuba untuk menyelamatkannya daripada muflis.

Apabila Mahathir ‘menjual’ MAS kepada Tajudin Ramli (sebenarnya ia adalah jualan palsu yang bertujuan untuk menunjukkan ‘paper profit’) ia menjadi kaya dengan wang tunai dengan hampir RM1 bilion dalam rizab dan pada masa kerajaan membeli semula syarikat itu, ia sudah kerugian sebanyak RM7 bilion. Jadi itu adalah kerugian RM8 bilion atau, seperti yang Mahathir gemar berkata, hilang tanpa dikesan.

Sekiranya Rafizi ingin tahu bagaimana dan mengapa bosnya, Mahathir, memufliskan MAS maka biar kita memberikannya petunjuk. Mahathir memufliskan MAS supaya dapat menyembunyikan fakta bahawa Bank Negara kerugian RM31.5 bilion kerana berjudi di pasaran forex. Dan Rafizi juga boleh pergi dan bertanya kepada calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Lim Kit Siang, mengenai kerugian RM31.5 bilion ini yang akhirnya menyebabkan MAS muflis – memandangkan orang Cina tua itu bercakap mengenai perkara ini selama lebih daripada 20 tahun dan mempunyai PhD dalam ‘kerugian forex RM31.5 bilion Bank Negara’.

Rafizi banyak bercakap tetapi beliau enggan menyebut hakikat bahawa MAS bermasalah kerana Mahathir, dan bukannya kerana Najib, dan kerana Mahathir perlu menyembunyikan kerugian RM31.5 bilion yang dialami oleh Bank Negara. Dan kenapa seret Habibul Rahman Kadir Shah ke dalam perkara ini? Apa kaitan beliau dengan keseluruhan isu itu? Adakah Rafizi cuba menggambarkan bahawa Habibul adalah Ketua Pegawai Eksekutif MAS? Mungkin Rafizi terlepas berita tentang siapa CEO MAS. Dan keputusan Lembaga Pengarah tidak pernah dibuat sendirian seperti pada zaman Mahathir, bos Rafizi, yang tidak mengambil peduli pandangan orang lain dan memastikan bahawa beliau yang akan menang.

Apa-apa pun, pertama sekali MAS tidak membeli 75 pesawat baru pada harga RM53 bilion seperti yang didakwa Rafizi. MAS menyewa pesawat. Dan jika Rafizi tidak tahu mengapa MAS menyewa pesawat dan tidak membelinya, beliau perlu kembali ke sekolah sebelum cuba mengajar MAS bagaimana untuk mengendalikan sebuah syarikat penerbangan.

Link asal artikel:
http://www.malaysia-today.net/rafizi-should-stick-to-counting-cows-and-stop-counting-planes/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.