Peminat Spekulasi Hubungan Emma, Kamal Adli Retak?

Selepas didakwa munculnya orang ketiga dalam hubungan pasangan pelakon Emma Maembong dan Kamal Adli, peminat semakin rancak membuat pelbagai spekulasi.

Emma atau nama sebenarnya Che Fatimah Rohani Embong, 25, juga kerap kali mengemaskini foto berserta pelbagai kapsyen meragukan di media sosial Instagram.

Terbaharu, Emma seolah-olah meluahkan isi hati tentang situasi yang melanda hubungannya dengan Kamal Adli yang sudah bersama sejak tiga tahun lalu.

“Sekali apabila seseorang sudah benar-benar menyakiti hati kamu, ia akan selamanya berbekas dalam fikiran walaupun masih terukir senyuman di wajah,” tulisnya dalam kapsyen asal bahasa Inggeris, petik Gempak.
 
Kapsyen tersebut telah membuka ruang untuk peminat pasangan pelakon itu membuat pelbagai andaian dan spekulasi.
 
Malah, ada yang menasihatkan Emma untuk tidak tergopoh-gapah mengambil keputusan dengan mendengar daripada pihak ketiga.

Dalam perkembangan lain, Emma bakal hadir ke sesi Meet & Greet Awak Suka Saya Tak di MPH Nu Sentral, Kuala Lumpur esok (14 Oktober 2017).

Emma dan Alvin Chong selaku pelakon utama drama itu akan berada di lokasi tersebut pada pukul 8 hingga 10 malam.
 
Selain sesi beramah mesra, anda juga berpeluang berswafoto bersama Emma dan Alvin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.