Man United Akan Letak ‘Dua Buah Bas’ Depan Pintu Gol – Kenny Dalglish

MANCHESTER United didakwa akan bermain secara bertahan seperti yang pernah mereka lakukan ketika berdepan Liverpool tahun lalu, dakwa Kenny Dalglish.

Legenda Liverpool itu berkata, Jose Mourinho akan sekali lagi meletakkan ‘dua buah bas’ di depan gol bagi menghalang pemain Liverpool menghasilkan jaringan.

Jelasnya, taktikal itu pernah berlaku ketika United bertandang ke Anfield tahun lalu.

Bagaimanapun sebagai bekas pemain profesional, Dalglish mengakui anak didik Mourinho mempunyai kelebihan untuk memenangi perlawanan kali ini.

“Kita sentiasa melihat pertembungan antara Liverpool menentang Manchester United sebagai satu perlawanan panas. Tahun lalu ketika mereka ke Liverpool Mourinho meletak ‘sebuah bas’.

“Tapi kali ini bukan sebuah bas lagi, mungkin dua buah bas dua tingkat.

“Saya menjangkakan United (United) akan memperkemaskan lagi pertahanan mereka kali ini, tapi pada masa sama mereka mempunyai barisan serangan yang hebat seperti Marcus Rashford, Romelu Lukaku dan Anthony Martial.

“Saya rasa Mourinho akan memberi tekanan kepada Liverpool, namun dalam perlawanan seperti ini, tekanan akan ada di setiap sudut,” katanya kepada BetStar. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.