Irwansyah Nasihat Bella Tidak Lupa Keluarga Di Indonesia

Pelakon popular Indonesia, Irwansyah berharap rakan baiknya iaitu aktres Laudya Cynthia Bella tidak melupakan keluarganya di Indonesia selepas berkahwin.

Menurut Irwansyah, dia bersyukur kerana Bella telah bertemu jodoh dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin dan mendoakan agar mereka sentiasa berbahagia.

“Saya gembira apabila Bella telah bertemu dengan pasangannya dan mendirikan rumah tangga.

“Saya juga memahami tugas isteri untuk sentiasa berada di sisi suami. Suami tidak boleh ikut sang isteri.

“Apa yang saya boleh harap, semoga dia gembira selalu dan biarpun berjauhan, harap dia tidak melupakan keluarga serta sahabatnya yang berada di Indonesia.

“Saya juga sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka dan akan dipermudahkan segalanya di masa hadapan,” katanya lapor Gempak.

Irwansyah berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama Dia, bertempat di One Utama, Damansara, baru-baru ini.

Drama bersiri Dia akan disiarkan pada setiap Jumaat hingga Ahad, pada pukul 9 malam, bermula 14 Oktober ini di saluran TV3.

Selain Janna, drama itu juga turut menampilkan pelakon seperti Irwansyah, Izara Aishah dan ramai lagi.

Drama Dia mengisahkan tentang percintaan sejati Adit iaitu Irwansyah yang telah dijodohkan dengan Emelda (Izara Aishah) walaupun hatinya terlalu mencintai Aira (Janna Nick).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.