Gara-gara Lolipop, Ayu Ting Ting Dan Raffi Ahmad Dikecam, Menjijikkan

Penyanyi dangdut Ayu Ting Ting dan penyampai TV, Raffi Ahmad, tidak henti-henti menjadi bahan perbincangan. Kali ini perbuatan kedua-dua mereka yang berkongsi lolipop telah mengundang kemarahan dan kecaman netizen.

Ayu dan Raffi sering tampil bersama dalam pelbagai acara televisyen dan satu daripadanya adalah acara Perbukers yang ditayangkan di ANTV.

Bagaimanapun dalam video rakaman ketika mereka berdua menjalani penggambaran, Ayu sedang mengulum lilipop dan tidak lama kemudian Raffi meminta lolipop berkenaan daripada Ayu.

Raffi kemudiannya makan lolipop yang sudah dikulum oleh Ayu itu menyebabkan peminat merasakan ia adalah perbuatan yang tidak manis.

Meskipun Raffi dan Ayu mengaku hubungan mereka hanya umpama kakak dan adik, namun netizen menganggap hal itu tidak seharusnya dilakukan apatah lagi Raffi sudah beristeri dan mempunyai anak.

Ada juga yang menyifatkan tindakan Raffi berkongsi lolipop yang dihisap oleh Ayu sebagai menjijikkan dan meloyakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.