Duterte Ancaman Menghalau Semua Diplomatik Eropa Dalam Masa 24 Jam, Inilah Sebabnya

Presiden Filipina Rodrigo Duterte menuduh Uni Eropa mencampuri urusan dalam negeri. Duterte mengancam akan menghalau  diplomat Uni Eropa dalam waktu 24 jam.

Dia menuduh bahwa Eropa berkomplot untuk memindahkan Filipina dari PBB, tetapi dia tidak memberikan bukti bagi perkara ini.

Sebelum ini, sebuah delegasi Barat mengkritik perang terhadap dadah yang dilancarkan Duterte dengan penuh kekerasan.

Seorang juru bicara Uni Eropa kemudian mengatakan bahwa delegasi itu tidak mewakili blok mereka.

Dalam ucapannya, Presiden Duterte mengatakan: “Kami akan disingkirkan dari PBB? Kurang Ajar ! Cubalah Kalau Berani.”

“Kalian mencampuri urusan dalam negeri kerana kami miskin, Kalian memberi wang dan kemudian menetapkan apa yang perlu dilakukan.”

Mesti pergi dalam masa 24 jam 

Pada diplomat Kesatuan Eropah, dia berkata: “Anda harus meninggalkan negeri saya dalam masa 24 jam, anda semua.”

Dalam ucapan itu dia juga dia membawa pelbagai penghinaan yang menyakitkan hati.

Namun dia tidak memberikan bukti  tuduhanya bahawa kerajaan Kesatuan Eropah berusaha agar Filipina dikeluarkan dari PBB.

Sebagai tindak balas kepada kenyataan Duterte, jurucakap Kesatuan Eropah berkata dalam satu kenyataan: “Lawatan Delegasi Antarabangsa Perikatan Progresif pada 8-9 Oktober bukanlah ‘misi Eropa’, sebagaimana beberapa media yang telah tersilap melaporkan.”

Dikatakan delegasi dianggotai oleh tujuh orang tersebut meliuputi wakil dari Sweden, Jerman, Itali, Australia dan Amerika Syarikat.

“Kesatuan Eropah dan Filipina bekerja sama secara konstruktif dan produktif dalam kerjasama yang erat dalam banyak konteks dan wilayah, termasuk, tentu saja, dalam konteks PBB,” tambah kenyataan tersebut.

Perikatan Progresif ditubuhkan pada tahun 2013, meliputi pelbagai parti dan organisasi dari seluruh dunia.

Ini bukan kali pertama Presiden Duterte telah menyerang Eropa dengan mengkritik mereka kerana tindakan kejam dan kekerasan kerajaan terhadap  dadah haram.

Tahun lepas, beliau melancarkan serangan yang penuh dengan penghinaan terhadap pasukan itu, mengatakan bahawa bekas kuasa kolonial yang munafik seperti Perancis dan Britain cuba menebus dosa mereka sendiri.

Polis Filipina mengatakan bahawa sejak Duterte berkuasa tahun lalu, petugas polis telah berjaya menewaskan lebih dari 3.850 orang dalam operasi anti-dadah.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.