Curiga Isteri Selingkuh, Ayah Humban Anak Ke Lantai

Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun menjadi mangsa pertengkaran ibu bapanya selepas dia dicederakan oleh bapanya yang sedang mabuk itu hingga berada dalam keadaan kritikal.

Kejadian itu berlaku di Kota Vigam, Ilocos Sur, Filipina. Ketika itu lelaki berkenaan, Jonathan Villanueva telah menuduh isterinya, Gina mempunyai hubungan sulit.

Selain itu, Jonathan juga marahkan Gina kerana enggan ke upacara pengebumian neneknya,

Marah dengan keadaan itu ditambah dengan mabuk, Jonathan telah menghumban anak mereka ke lantai.

Kanak-kanak itu dibawa ke hospital dan mengalami kecederaan di otak kanan. Keadaannya kini dilaporkan semakin sembuh.

Jonathan ditangkap polis namun dibebaskan selepas Gina memaafkan perlakuan kejam suaminya itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.