24 Penjara di Holland Tutup Sejak 2013 Kerana Kurangnya Banduan

Pada tahun 2013, pemerintah Belanda Menutup 19 lembaga Tahanan kerana kekurangan Pelaku Jenayah Untuk mengisinya.

Kini, jumlah penjara yang ditutup bertambah lima lagi. Sejak empat tahun lalu sudah 24 penjara berhenti beroperasi.

Penutupan lima penjara ini menyebabkan hampir 2,000 orang kehilangan pekerjaan mereka.

Hanya 700 orang dari mereka yang ditransisi ke pekerjaan baru yang belum ditetapkan dalam sistem penegakan hukum Belanda.

Sebenarnya, penutupan penjara di Belanda sudah mulai terjadi sejak bilangan jenayah menurun sejak tahun 2004.

Masalah kosongnya Penjara ini, walaupun nampak bagus dan bermaksud kurangnya jenayah, tetapi di sisi yang kurang bagus ramai orang yang bekerja di penjara kehilangan perkejaan mereka.

Pada September Tahun Lalu, Belanda “mengimport” 240 Pelaku jenayah dari Norway Hanya Untuk Mengisi Penjara-penjaranya Yang kosong.

Meskipun demikian, menurut laporan harian The Telegraaf, Menteri Kehakiman Belanda, Ard van der Steur mengatakan kepada parlemen bahawa kos operasi penjara-penjara kosong itu terlalu mahal bagi negeri sebecil Belanda.

Beberapa faktor dapat dikesan dengan kekurangan jenayah di Belanda.

Sebagai contoh, melonggarkan undang-undang mengenai penggunaan dadah yang memberi tumpuan kepada pemulihan dan gelang pergelangan kaki untuk mengawasi para pesalah sehingga mereka boleh bergaul dengan masyarakat.

Image result for gelang kaki pengawasan

Sebuah kajian yang dikeluarkan pada 2008 mendapati bahawa gelang pengawas yang dipasang di pergelangan kaki ini menurunkan potensi seseorang menjadi perogol .

Banduan di Belanda tidak dibiarkan menghabiskan masa di penjara yang boleh  meningkatkan perbelanjaan negara, mereka malah diberi peluang untuk memberi sumbangan pada masyarakat.

Langkah-langkah ini ternyata dapat menurunkan jumlah banduan di negeri kecil tersebut.

Belanda kini mempunyai 17 juta penduduk, dan hanya 11,600 orang adalah tahanan penjara .

Bandingkan dengan Amerika Syarikat yang sebanyak 716 daripada 100,000 orang warganya berada di dalam penjara. Angka ini juga merupakan yang tertinggi di dunia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.