Warga Emas Menyamar ‘Inspektor Hafiz’ Ditahan

KOTA TINGGI – Perbuatan licik suspek berusia 50 tahun yang dikenali sebagai ‘Inspektor Hafiz’ untuk memeras wang berjaya ditahan polis, Ahad lalu.

 

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, lelaki yang mempunyai rekod jenayah dadah itu dikesan telah memperdaya mangsa (bapa kepada seorang tahanan) dengan meminta bayaran RM5,000 bagi membebaskan anaknya yang ditahan pihak berkuasa kerana terbabit dalam kes pergaduhan.

 

“Pengadu memberitahu polis, dia terlebih dulu menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Hafiz.

 

“Dia kata, dia boleh bantu membebaskan anak saya yang berada dalam tahanan polis. Untuk itu, ‘Inspektor Hafiz’ telah memintanya wang sebanyak RM5,000,” katanya, lapor Kosmo.

 

Rahmat berkata, mangsa yang teruja dengan tawaran itu tanpa berlengah telah memasukkan duit ke dalam akaun yang telah ditetapkan ‘Inspektor Hafiz’.

 

“Bagaimanapun, sebaik sahaja wang itu dimasukkan, mangsa gagal menghubungi suspek. Mangsa yang merasakan dirinya ditipu bulat-bulat kemudian telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.