Trump Berbahaya, Ancam Kestabilan Antarabangsa

Pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika boleh mengancam kestabilan antarabangsa, lapor New York Times.

 

 

Ramai yang kecewa dengan rakaman kenyataan Trump pada tahun 2005 terutama kata-kata kesat tentang wanita, selain cadangannya untuk mengusir pendatang tanpa izin, larangan terhadap orang Islam memasuki negara itu dan menggunakan taktik penyeksaan.

 

 

Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Zeid Ra’ad al-Hussein berkata, jika Trump dilantik, akan menjadi bahaya daripada pandangan antarabangsa.

 

 

Zeid berkata, pejabatnya cuba untuk tidak campur tangan tentang politik tetapi jika pilihan raya itu boleh meningkatkan penyeksaan atau pertuduhan terhadap ‘kekerasan terhadap komuniti dalam pendekatan cadangan yang mudah dipengaruhi dan mungkin menjejaskan hak asasi manusia’ maka beliau berhak bersuara.

 

 

Bulan lalu, ketika di Hague, Zeid mengutuk ‘populis, penghasut dan fantasis politik’ yang dieksploitasi daripada kesusahan ekonomi dan ketegangan sosial kepada pejuang prejudis kaum dan agama.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.