TMJ Wakil Tunggal Asia Tenggara Di Persidangan Bola Sepak Dunia

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim melakar sejarah bola sepak negara apabila bakal menjadi wakil tunggal Asia Tenggara untuk berucap pada Persidangan Bola Sepak Dunia 2016 di Madrid akhir bulan ini.

 

 

Menerusi kenyataan daripada akaun Facebook pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Johor Southern Tigers, penghormatan serta pengiktirafan tertinggi buat Tunku Mahkota Johor kerana mereka menghargai sumbangan yang baginda lakukan terhadap sukan bola sepak di Johor Darul Ta’zim.

 

 

Persidangan antarabangsa ‘World Football Summit 2016’ untuk membincangkan perkara-perkara mengenai industri bolasepak.

 

 

Persidangan itu telah meletakkan Tunku Ismail sebaris dengan nama-nama besar dalam pasukan bola sepak antarabangsa seperti Miguel Angel Gil, Ketua Pegawai Eksekutif Atletico Madrid; Javier Gomez, Pengarah Besar Korporat La Liga; Dr. Thani Abdul Rahman Al Kuwari, Naib Presiden Jawatankuasa Olimpik Qatar; David Nunez, Pengarah Media Twitter; Stefan Leibhard, Pengarah Urusan Sportradar; Bobby Barnes, Timbalan Ketua Eksekutif PFA dan beberapa nama lagi.

 

 

Mereka bakal memberi pendapat dan berkongsi pengalaman sesama mereka bagi kemajuan bolasepak antarabangsa, pembangunan akar umbi, pemasaran dan hal-hal berkaitan dengan industri bola sepak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.