Raja Thailand Mangkat Pada Usia 88 Tahun

Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej disahkan mangkat pada usia 88 tahun. Baginda yang memerintah selama 70 tahun, mangkat pada pukul 3.52 petang waktu tempatan di Hospital Siriraj, Bangkok.

 

Pada Ahad, istana memaklumkan keadaan kesihatan baginda tidak stabil dan semakin tenat.

 

Susulan itu beratus-ratus orang telah berkumpul di luar hospital bagi mendoakan Raja yang mereka kasihi dengan memakai baju berwarna merah jambu.

 

Raja Bhumibol, dilahirkan Amerika Syarikat dan ditahtakan sebagai Raja Thailand pada 1946 selepas kematian abangnya, Raja Ananda Mahidol.

 

Kali terakhir baginda dilihat di khalayak ramai pada 11 Januari lepas, selepas itu baginda dikatakan lebih banyak menghabiskan masa di istana dan hospital kerana pelbagai jenis penyakit dialami baginda.

 

Kemangkatan baginda akan menyaksikan Putera Mahkota Maha Vajiralongkorn, berusia 64 tahun dan anak lelaki tunggal Bhumibol dengan Permaisuri Sirikit menaiki takhta seterusnya.

 

Dalam pada itu, Perdana Menteri Thailand mengumumkan tempoh berkabung selama setahun susulan kemangkatan Raja Bhumibol.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.