Mokhzani Letak Jawatan Pengerusi SIC

KUALA LUMPUR – Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Tan Sri Mokhzani Tun Dr Mahathir telah meletakkan jawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah SIC berkuat kuasa serta-merta dalam satu kenyataan di sini hari ini.

 

Mokhzani yang berkhidmat selama 13 tahun, berkata ia merupakan penghormatan dan istimewa untuk menjadi sebahagian daripada pasukan SIC menyaksikan litar itu daripada menghoskan perlumbaan amatur kepada perlumbaan profesional bertaraf dunia.

 

“Saya bangga dapat menyaksikan pelumba Malaysia bangkit untuk memberi saingan kepada bakat antarabangsa serta membawa perubahan kepada rakyat Malaysia dan budaya permotoran serantau, sekali gus mewujudkan budaya baharu dalam profesionalisme dan keselamatan dalam sukan permotoran.

 

“SIC bukan sahaja telah menjadi lokasi latihan yang melahirkan ramai bakat dalam kedua-dua perlumbaan motosikal dan kereta tetapi juga kepada kumpulan sokongan dalam sukan permotoran,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.