Lindsay Lohan Berhijab Di Turki, Dekati Pelarian Syria

Selebriti kontroversi Hollywood, Lindsay Lohan memuat naik gambar berhijab bersama seorang wanita ketika berkunjung di sebuah kem pelarian Syria di Gaziantep, Turki, baru-baru ini.

 

Media yang tertanya- tanya mengenai perjalanan rohaninya dikejutkan dengan dakwaan yang kini bintang itu semakin mendalami agama Islam.

 

Lohan, 30, telah memuji wanita Turki itu yang dikenali sebagai Azize yang dilihat cantik berhijab.

 

Wanita terbabit kemudiannya menghulurkan hijab untuk disarungkan ke kepala Lohan.

 

Lohan sebelum ini, mengejutkan netizen apabila dilihat membawa al-Quran dan mengakui sedang membaca kitab suci tanpa menyembunyikan apa-apa.

 

“Saya seorang yang kuat beragama bagi seorang penganut Katolik, namun terbuka untuk mendalami kepercayaan lain.

 

“Setiap manusia mempunyai pandangan tersendiri mengenai al-Quran, namun kadangkala ia disalahertikan oleh sesetengah pihak,” katanya.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.