‘Isu Bersetuhan Dengan Lelaki, Itu Dosa Yang Perlu Saya Tanggung Sendiri’

KUALA LUMPUR – “Saya hanya menjadi diri saya yang sebenar, enggan hipokrit, berpura-pura baik di hadapan khalayak. Isu bersetuhan dengan lelaki, itu dosa yang perlu saya tanggung sendiri,” kata aktres bertudung Nadya Syahera.

 

 

Nadya menjelaskan, biar Allah sahaja yang mengadili adegan lakonannya yang bersentuhan dengan lelaki bukan muhrim.

 

 

“Masyarakat di luar sana bebas membuat persepsi sendiri, tiada siapa boleh menghalang. Di dunia realiti, begitulah cara hidup saya. Bagaimanapun, saya sedar akan batas pergaulan yang perlu dihadkan.” katanya, petik Utusan.

 

Gadis berusia 23, kelahiran Kuala Nerang, Kedah itu menyatakan bahawa penampilannya yang menutup aurat adalah demi memenuhi saranan agama yang dituntut.

 

Nadya Syahera berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu berkenaan yang diperkatakan netizen di laman sosial sementelah menyaksikan lakonan agresifnya sebagai antagonis menerusi siri Dia Semanis Honey dan Abang Bomba I Love You.

 

Bercerita perkembangan terbaharunya, Nadya Syahera akan menempuhi fasa baharu karier lakonannya apabila bakal terlibat dalam pementasan teater Dia Semanis Honey arahan Michael Ang di Istana Budaya.

 

“Walaupun masih mentah, saya bertuah kerana diberi peluang berlakon teater, satu lagi cabaran baharu buat saya. Jadi ia tidak akan saya persiakan untuk meneroka kredibiliti lakonan yang dimiliki,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.