Gadis ‘Nasi Lemak Anak Dara’ Tidur 4 Jam

SHAH ALAM – Gadis penjual ‘nasi lemak anak dara’ hanya tidur empat jam sehari sejak memulakan perniagaannya Ogos lalu.

 

Siti Hajjar Ahmad, 24, anak ketiga daripada lima ber­adik itu menyediakan nasi lemak pada awal pagi bagi memastikan jualannya tidak cepat basi sekali gus memberi peluang kepada pe­langgannya menikmati hidangan itu yang masih baru dan panas.

 

“Walaupun saya hanya menjual nasi lemak bermula pukul 7 pagi hingga 9.30 pagi, tetapi saya mengambil masa sepanjang hari untuk menyiapkan hidangan itu kerana saya melakukannya sendiri.

 

“Pada waktu pagi sebaik sahaja selesai berniaga, saya akan membeli bahan-bahan untuk jualan esok dan rehat kira-kira sejam pada waktu tengah hari sebelum mula membuat sambal pada waktu petang.

 

“Pada waktu malam saya mula menyediakan bahan untuk memasak lauk seperti ayam dan telur sebelum mula memasak nasi pada pukul 11 malam dan hanya tidur kira-kira pukul 2 pagi sebelum ba­ngun semula pada pukul 5 pagi,” katanya yang mengakui berniaga nasi lemak bukan satu kerja mudah, tetapi sebenarnya memerlukan pengorbanan dan kekuatan fizikal serta mental, petik Utusan.

 

 

“Alhamdulillah kini rezeki semakin lapang dan dalam sehari saya boleh menjual sehingga 150 ke 200 bungkus nasi lemak.

 

“Keluarga yang pada mulanya kurang bersetuju dengan tindakan saya semakin menerima keputusan untuk berniaga walaupun ibu tetap mahu saya mempunyai kerja tetap satu hari nanti,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.