Dr Asri (Maza), Farah Fauzana Jadi Juri Tetap, Gegarkan Pencetus Ummah Kali Ini

Pencetus Ummah (PU) musim keempat akan menampilkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza akan bergandingan bersama personaliti radio dan televisyen terkenal, Fara Fauzana sebagai juri tetap program realiti Islamik itu.

 

 

Rancangan yang menerima anugerah Program Agama Terbaik, Anugerah Sri Angkasa 2016 itu turut menampilkan Faizal Ismail dan PU Azman sebagai pengacara Mimbar PU.

 

 

Sementara itu, buat julung kali, program Serambi PU akan dikendalikan oleh pelakon dan penyanyi wanita, Anis Al Idrus.

 

 

Mimbar PU akan bersiaran secara langsung menerusi saluran berbayar Astro Oasis selama tujuh minggu, bermula 27 Oktober ini.
Pemilihan Fara mungkin kerana pengalaman wanita berkenaan dalam dunia komunikasi dan pengacaraan namun kehadiran Dr. Maza yang sebelum ini kontroversi dengan beberapa mufti dan ulama lain mungkin menjadikan PU kali ini menjadi perhatian ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.