Ahli Arkeologi Temui 113 Makam Berusia 2,000 Tahun

HEBEI, China – Sekumpulan ahli arkeologi di sini menemui lebih 100 buah makam kuno yang dipercayai berusia 2,000 tahun.

 

People’s Daily Online melaporkan, sejumlah 113 mayat manusia telah ditemui dengan setiap daripada mereka dibalut dengan dua hingga tiga bekas diperbuat daripada tanah liat.

 

Pakar sejarah China berkata, penemuan makam kuno besar itu sangat signifikan dalam membantu mereka memahami adat dalam upacara pengebumian Dinasti Western Han (202 Sebelum Masihi – 8 Masihi).

 

Makam itu terletak di bandar Huanghua dalam wilayah Hebei, utara China yang dianggap tapak bandar purba digelar Fudi.

 

Ketua Muzium Huanghua, Zhang Baogang berkata, kaedah pengebumian dikenali sebagai ‘urn’ dan ia digunakan untuk menanam mayat kanak-kanak, namun mereka turut menemui mayat enam orang dewasa.

 

“Kerja-kerja penggalian telah dilakukan di tapak makam itu dan kami percaya lebih banyak mayat dewasa akan ditemui,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.