Video: SOSMA Bukan Untuk Pengganas Sahaja – Peguam Negara

Putrajaya – Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2014 hanyalah undang-undang prosedur yang memperuntukkan langkah khas bagi tujuan penyiasatan dan pendakwaan “kesalahan keselamatan” terhadap Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dan peguamnya, Matthias Chang.

 

Apandi turut membidas kritikan mantan perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendakwa Putrajaya sengaja mengunakan peruntukan Sosma bagi memberi tekana terhadap pengkritiknya.

 

 

“Kedua-dua individu berkenaan semalam didakwa di bawah Seksyen 124L Kanun Keseksaan dan bukan SOSMA seperti yang didakwa sesetangah pihak” katanya ketika sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

 

Menurutnya Sosma merupakan undang-undang prosedur dan membenarkan tindakan khas diambil bagi membantu siasatan dan tindakan pendakwaan yang membabitkan kesalahan keselamatan.

 

“Definisi “kesalahan keselamatan” jelas menunjukkan yang SOSMA tidak hanya terhad kepada keganasan atau pengganas,” ujarnya lagi.

 

Dalam pada itu, beliau berkata, Jabatan Peguam Negara tidak melihat sebarang keperluan untuk menyemak semula keputusannya menutup siasatan Bank Negara ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

 

Ini disebabkan tidak ada kewajipan untuk 1MDB memberi maklumat kecuali diminta oleh Bank Negara sebelum itu, selain tidak ada bukti baru.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.