Video: Lelaki Tua Lawan Tentera Israel

BELUM lagi reda kemarahan pengguna media sosial susulan satu video memaparkan seorang wanita maut ditembak tentera Israel kerana didakwa cuba menikam seorang askar tersebar di laman sosial, satu lagi rakaman menunjukkan kekejaman rejim Israel itu tersebar sejak beberapa hari lalu.

 

Menerusi video itu yang dipercayai dirakam oleh individu yang berada ditempat kejadian, seorang lelaki tua ditembak selepas kelihatan cuba menghalang tentera Israel daripada menembak kanak-kanak dan warga Palestin.

 

 

Berdasarkan video amatur yang diterjemah dalam bahasa Inggeris, lelaki tua itu dikenali sebagai Ziyad Abu Haleel, 65, kedengaran memberitahu tentera Israel “anda sepatutnya malu”, selain dengan berani memberi amaran kepada beberapa orang tentera Israel supaya meninggalkan kawasan berkenaan.

 

“Jangan tembak kanak-kanak. Itu tidak betul. Bawa tentera-tentera kamu pergi dari sini dan jangan kembali.

 

“Jangan bertindak bodoh dengan senapang kamu. Jika seseorang mati, kamu akan mati. Berhati-hati!,” tegas lelaki tua itu.

 

Bagaimanapun, permintaan lelaki tua itu tidak diendahkan oleh tentera Israel apabila salah seorang tentera berkenaan bertindak melepaskan tembakan lalu menembaknya.

 

Namun,, lelaki tua itu dikatakan hanya mengalami kecederaan.

 

Memetik laporan portal berita antarabangsa yang menyatakan sehingga semalam, lebih kurang 24 warga Palestin terbunuh sejak awal Oktober lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.