The Azzurri Gah

ITALI akhirnya mengesahkan tiket ke pusingan akhir Euro 2016 di Perancis, tahun hadapan selepas menewaskan Azerbaijan, 3-1, awal pagi semalam.

 

Lebih manis, kemenangan itu membolehkan Itali mengekalkan rekod tanpa kalah mereka pada aksi kelayakan.

 

Tiga gol dijaringkan oleh Eder, Stephan El Shaarawy dan Matteo Darmian membolehkan skuad Azzurri kekal di tangga teratas Kumpulan H dengan 21 mata.

 

“Saya gembira kerana kita meraih keputusan yang positif dan saya lihat ada peningkatan dalam skuad ini.

 

“Jadi, kami harus mengekalkan prestasi ini dan meneruskan perjuangan yang belum selesai,” kata pengendalinya, Antonio Conte

 

Itali akan bertemu Norway pada Selasa ini dalam aksi akhir pusingan kelayakan peringkat kumpulan H.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.