Sufi Akur Kes Gangguan Seksual Digugurkan

Kuala Lumpur – Juara Akademi Fantasia 2015 (AF 2015), Sufi akur kes gangguan seksual yang dibuatnya bersama penyanyi Indonesia iaitu Tegar terhadap bekas bapa tirinya, Muhammad Arif Dollah telah digugurkan selain tidak berhasrat memanjangkan perkara itu.

 

Memetik laporan mStar online, Sufi atau nama sebenarnya Mohammad Sufi Rashid, 24, berkata, tindakan yang dibuat sebelum memasuki program realiti itu dilakukan atas dasar ingin membantu Tegar.

 

“Saya tidak menyesal dengan apa yang saya lakukan iaitu membuat pendedahan tentang isu tersebut.

 

“Niat saya ialah untuk membantu sahabat saya sahaja, bukan untuk mempertahankan diri saya tetapi mempertahankan hak kami. Kalau kes ini sudah digugurkan saya rasa tidak patut untuk dibuka balik.

 

“Kalau sahabat saya (Tegar) tidak mahu teruskan kes itu, its ok, saya doakan yang terbaik sahaja, kalau orang itu bersalah dia akan terus berdosa,” katanya sekaligus mengulas laporan media sebelum ini yang memetik kenyataan bekas bapa tirinya Muhammad Arif Dollah mendakwa laporan dibuat tegar telah digugurkan polis.

 

Malah Muhammad Arif selaku bekas pengurus artis itu dilaporkan turut berhasrat menyaman beberapa individu termasuk Sufi kerana membuat tuduhan kononnya dia melakukan gangguan seksual terhadap mereka.

 

Dalam konsert final AF 2015 pada Ahad, Sufi diumumkan sebagai juara pertandingan itu yang melayakkan dia membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM50,000, percutian ke Dubai beserta trofi sumbangan Astro.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.