Pemuda Amanah Mahu Bekerjasama Dengan Dr Mahathir Guling Najib

Kuala Lumpur – Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan kesediaan mereka untuk mewujudkan kerjasama bersyarat dengan pasukan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk ‘menyelamatkan’ pentadbiran kerajaan.

 

Ketuanya, Mohd Sany Hamzan berkata terma dan syarat perlu ada supaya bekas perdana menteri itu tidak mengulangi lagi kezaliman politik yang pernah dilakukan sewaktu berada di dalam kerajaan.

 

“Agar gelombang yang telah disemarak oleh Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz berhubung siasatan terhadap 1MDB, mampu digarap semaksimum mungkin bagi mengeluarkan negara daripada kemelut ekonomi dan politik.

 

“Terma-terma kerjasama ini haruslah dalam ruang lingkup untuk menyelamatkan negara dengan syarat yang kuat untuk Tun Mahathir tidak akan mengulangi kezaliman politik yang telah beliau legasikan sepanjang 22 tahun memerintah negara sebelum ini.

 

“Lebih menarik apabila Tun Mahathir sanggup mengetepikan sengketa lama beliau dengan Tengku Razaleigh Hamzah untuk tampil bersama memberikan tekanan kepada pentadbiran perdana menteri ketika ini,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Dakwa Sany lagi, kerjasama di antara mereka kelak akan menunjukkan suasana politik matang demi kebaikan rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.