Palestin : Lagi Remaja Maut Ditembak

TEBING BARAT – PALESTIN. Seorang remaja Palestin maut ditembak tentera Israel dalam pertempuran di pusat pemeriksaan berhampiran bandar Ramallah, kelmarin, kira-kira seminggu selepas keganasan berterusan di wilayah itu.

 

 

Ahmad Sharaka, 13, ditembak ketika rejim Zionis melepaskan tembakan rambang ke arah penunjuk perasaan di luar Beit El, sebuah penempatan haram berhampiran Ramallah.

 

 

Pegawai di Hospital Ramallah memberitahu, mangsa mempunyai kesan luka di bahagian leher akibat peluru hidup ketika tiba di bilik kecemasan, dan tidak dapat diselamatkan kerana kecederaan parah dialami.

 

 

Keganasan terbaharu itu menyusul sehari selepas Israel membunuh seorang wanita hamil dan anaknya dalam satu serangan udara di Genting Gaza.

 

 

Kelmarin, satu pertempuran sengit berlaku di bandar dan kampung di seluruh Tebing Barat termasuk Baitulmaqdis Timur, berikutan desakan rakyat yang dicetuskan ketegangan berhubung insiden di Masjid al-Aqsa. – al Jazeera

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.