Operasi Padam Kebakaran Bermula

PALEMBANG – INDONESIA. Pasukan gabungan dari Indonesia, Singapura dan Malaysia, semalam memulakan operasi menggugurkan bom air bagi memadamkan kebakaran hutan di Sumatera Selatan.

 

 

Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia (BNPB), dalam satu kenyataan berkata, sebanyak tujuh buah helikopter dan empat pesawat terlibat dalam misi tersebut.

 

 

Operasi tersebut tertumpu di kawasan Ogan Komering Ilir dan Musi Banyuasin.

 

 

Menurut BNPB, lagi satu pasukan bantuan dari Australia dijangka tiba di Palembang, manakala Canberra dijangka turut menghantar pesawat Thor jenis Hercules L 100 dengan kapasiti mampu membawa 15 tan air awal minggu depan.

 

 

Pesawat Australia itu akan hanya digunakan selama lima hari kerana ia masih mempunyai tugas untuk memadamkan kebakaran hutan di New South Wales, Australia, kata BNPB.

 

 

Sementara itu, Gabenor Sumatera Selatan, Alex Noerdin yakin kebakaran hutan di wilayah itu dapat ditangani sekali gus mengurangkan keadaan jerebu teruk yang melanda rantau ini. – Antara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.