Michael Ang Tidak Relevan Dalam Bidang Muzik – Edry

Kuala Lumpur – Pengetua Akademi Fantasia (AF) 2015 Edry Abdul Halim, 39, menyifatkan semua kenyataan Twitter daripada pengarah drama Michael Ang berhubung konsert akhir program realiti terkenal itu di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) malam semalam sebagai pendapat yang tidak relevan.

 

Edry yang juga penerbit album dan komposer berkata, dia tidak mahu ambil peduli mengenai perkara itu kerana pandangan berkenaan bukan diluahkan oleh individu yang berpengetahuan dalam bidang muzik.

 

“Saya tak kenal pun siapa Michael Ang dan dia tidak relevan dalam bidang muzik. Memanglah semua orang termasuk dia ada pendapat, tetapi luahan daripada orang bukan dalam muzik seperti dia tidak penting bagi saya.

 

“Lainlah jika yang mempertikaikan itu ialah penggiat muzik, itu kita boleh ambil perhatian pendapat mereka,” katanya.

 

Edry berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Michael di Twitter yang dilihat kurang senang dengan kemenangan Sufi dan pemilihan lagu serta artis yang membuat persembahan di pentas akhir AF2015 yang dianggap mempunyai kaitan dengan KRU Music.

 

Berikutan beberapa kenyataan Twitter daripada Michael ketika konsert akhir berlangsung semalam, pengarah itu turut dihentam teruk sebahagian besar pengikut laman sosial berkenaan.

 

Kenyataan dikeluarkan pengarah drama M.A.I.D itu dianggap tidak profesional.

 

Sementara itu, Michael ketika dihubungi berkata, semua kenyataannya di Twitter mengenai AF2015 bukan bertujuan mencetuskan provokasi atau mempertikai mana-mana pihak, sebaliknya hanya gurauan sahaja.

One thought on “Michael Ang Tidak Relevan Dalam Bidang Muzik – Edry

  • October 13, 2015 at 11:20 pm
    Permalink

    hoii michael angg ko pegi tengok Opera cina saja lhhh! menyemak je ko dlam af tu

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.