Letak Jawatan Kerana Kalah Pemilihan

Kuala Lumpur – Peletakan jawatan Dr Boo Cheng Hau sebagai Ketua Pembangkang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor didakwa kerana tewas pada pemilihan DAP negeri pada Ahad.

 

ADUN Tangkak, Ee Chin Li berkata, Boo kecewa selepas gagal mendapat 15 undi tertinggi.

 

“Ini kemungkinan disebabkan dia (Boo) kalah dalam pemilihan DAP negeri semalam, kerana dia ditolak oleh perwakilan.

 

“Boo mendapat undi ke 16 tertinggi sekaligus gagal untuk mendapat tempat dalam jawatankuasa tertinggi negeri yang terdiri daripada 15 pemimpin,” katanya kepada FMT.

 

Mengulas lanjut, dia juga menafikan dakwaan Boo kononnya dia telah difitnah oleh pemimpin DAP yang lain sehingga membawa kepada peletakan jawatannya.

 

“Sebelum ini tidak ada isu, dalam pimpinan DAP negeri, dakwaan kononnya Boo difitnah dan dikhianati tidak benar sama sekali,” katanya.

 

Terdahulu Boo berkata, tindakan beliau melepaskan jawatan sebagai Ketua Pembangkang, berikutan wujud kempen memburukkan namanya oleh beberapa pemimpin baharu parti itu sejak pilihanraya umum lalu. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.