Jackie Chan Didakwa Peluk Islam?

Kecoh di laman sosial apabila gambar Jackie Chan memakai ‘kandura’ (pakaian tradisi Arab) tersebar dan dikatakan telah memeluk Islam.

 

Jackie Chan didakwa bertukar nama kepada Abdullah Chan dan gambar tersebut diambil ketika pulang mengerjakan haji.

 

Hakikatnya, bintang filem aksi tersebut hanya menjalani penggambaran filem terbarunya, Kung Fu Yoga di Dubai.

 

Foto yang tersebar itu pula diambil peminat semasa Chan berada di litar perlumbaan unta, Al Namoos.

 

Menurut laporan Whatson.ae, Kung Fu Yoga juga menampilkan bintang Bollywood, Katrina Kaif dan Sonu Sood.

 

Filem tersebut dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.