India : Siasat Dakwaan Habuan Seks

NEW DELHI – INDIA. Suruhanjaya Tinggi India di Colombo dan Palang Merah Sri Lanka (SLRCS) melancarkan siasatan bersama bagi menyiasat dakwaan seorang balu perang yang mendakwa pegawai Palang Merah meminta habuan seks.

 

 

Tindakan itu dipercayai sebagai dorongan membantu meluluskan permohonan rumah di bawah projek yang dibiayai kerajaan India di wilayah utara Sri Lanka.

 

 

Susulan dakwaan itu, Pesuruhjaya Tinggi India YK Sincha telah menemui Kementerian Luar Sri Lanka untuk memastikan pegawai terbabit, tidak meninggalkan negara sehingga siasatan selesai.

 

 

“India tidak akan membiarkan perkara seperti ini berlaku. Siasatan akan dijalankan dengan segera dan teliti,” kata jurucakap Suruhanjaya Tinggi India.

 

 

Difahamkan, dakwaan itu adalah kali pertama dibuat terhadap pegawai yang terlibat dalam menguruskan projek berkenaan dan New Delhi memandang serius perkara tersebut.

 

 

Perdana Menteri India, Narendra Modi sebelum ini telah menyerahkan rumah kepada beberapa balu perang yang kematian suami ketika konflik 2009, semasa lawatannya ke Jaffna, Mac lalu. – Indian Express

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.