Gangguan Bekalan Air Di Lembah Kelang Minggu Depan

Kuala Lumpur – Sebanyak 100 kawasan di wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Langat akan mengalami gangguan bekalan air berjadual bermula dari jam 9 malam pada 21 hingga 22 Oktober, jam 7 petang.

 

Pengarah Eksekutif Bahagian Hal Ehwal Korporat Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) Priscilla Afred berkata, gangguan itu berikutan kerja penggantian injap kupu-kupu berhampiran Masjid Rahimiah Sri Andalas, Klang.

 

Gangguan air di Klang,Shah Alam melibatkan kawasan Persiaran Raja Muda Musa; Kampung Delek Baru; Kampung Sungai Udang; Jalan Sungai Bertik, Jalan Teluk Pulai; Jalan Teluk Gedung Kecil; Jalan Tepi Sungai; Jalan Raya Barat; Kampung Raja Uda; Jalan Kastam; Jalan Kota Raja Kampung Jawa; Jalan Stesen, Jalan Tengku Diaudin, Jalan Dato Hamzah; Jalan Tengku Kelana; Lorong Tingkat; Lorong Rembau; Jalan Padang; Jalan Kota; Jalan Istana; Jalan Yadi;Jalan Tengku Badar; Teluk Pulai; Bukit Tinggi 1 dan 2; Bandar Botanik; Ambang Botanik; Bayu Emas dan Bandar Parklands.

 

Kawasan lain adalah Glenmarie Cove; Bandar Puteri; Bandar Puteri 2; Taman Bayu Perdana; Pulau Indah Fasa 1 dan Fasa 2; keseluruhan Kampung Pulau Indah; Laguna Park; Kampung Telok Gong;Taman Armada Putera; Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ); Bandar Bestari Jaya; Taman Rakyat Andalas; Taman Andalas Permai; Jalan Seri Sarawak 14-21 Taman Seri Andalas; Glenn Cruise; Westport; Kota Pendamar; Taman Teluk Gadung Indah danPulau Ketam.

 

Gangguan bekalan air turut berlaku di Sobena Jaya, Pandamaran; Taman Selatan; Taman Petaling Indah; Taman Radzi; Taman Palm Groove; Taman Chi Liung;Telok Gadong Besar; Telok Gadong Kecil; Taman Gembira; seluruh kawasan Pandamaran; seluruh Taman Sentosa; Taman Klang Jaya; Taman Desawan.

 

Separuh kawasan Jalan Johan Setia; Taman Seri Andalas; Flat Perumahan Telok Gadong Indah A; Rumah Teres Telok Gadong Indah B; perumahan Taman Berembang; flat perumahan Pandamaran Indah; perumahan Pendamar Indah; Kampung Pendamar;Jalan Tengku Badar; Jalan Kastam/Jalan Sungai Keladi; Jalan Kem; Taman Melawis dan Jalan Raya Barat.

 

Turut terlibat premis kritikal iaitu Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang;Hospital Arunamari Taman Bayu Perdana; Pusat Pakar Perubatan Sentosa; Hospital Pantai, Persiaran Raja Muda Musa; Hospital Kesihatan Bandar Botanik;Pusat Perubatan Razif, Taman Seri Andalas; Pusat Perubatan Sri Kota.

 

Pusat Dialisis Kualiti (Andalas), Persiaran Tengku Ampuan Rahimah Seri Andalas; Pusat Dialisis PNSB, Persiaran Tengku Ampuan Rahimah Seri Andalas; Pusat Dialisis Mukmin Jalan Sri Sarawak Taman Andalas. Pusat Dialisis, Taman Selatan; Pusat Dialisis Bukit Tinggi, Lorong Batu Nilam; Pusat Dialisis Persatuan Klang, Wisma Rotary Pesiaran Tengku Ampuan Rahimah dan Pusat Dialisis Nephocare, Lorong Batu Unjur (Bayu Perdana).

 

Sementara itu, gangguan bekalan air di Kuala Langat melibatkan 11 kawasan iaitu di Taman Sijangkang Jaya; Taman Sri Medan; Batu 7 dan Batu 8 Sijangkang; Batu 9 Kampung Medan; Taman Desa Sijangkang; Taman Rivera Perdana; Taman Permai Sijangkang; Taman Sijangkang Indah; Taman Medan Indah dan Taman Perwira.

 

Sehubungan itu, Syabas menasihatkan orang ramai membuat persediaan dengan menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan bekalan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan berkenaan.

 

Pengguna yang memerlukan maklumat berhubung kerja berjadual itu boleh memuat turun aplikasi sistem mySYABAS melalui Google Playstore dan Appstore, melayari laman sesawang Syabas iaitu www.syabas.com.my atau menerusi laman rasmi Facebook atau Twitter SYABAS dengan menaip ‘puspel’ atau ‘puspel syabas’.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.