Gambar Berpelukan, Bukan Keterlaluan – Nubhan

Penyanyi Nubhan, 29, menganggap tindakannya berkongsi gambar ketika berbulan madu bersama isteri iaitu Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, 26, di Eropah baru-baru ini bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk selain tiada gambar ketelaluan sehingga menyentuh sensitiviti masyarakat.

 

Memetik laporan mStar online, Nubhan berkata, perkara itu dilakukan bagi berkongsi kenangan manis yang dilaluinya kepada peminat di laman sosial.

 

“Gambar saya bersama isteri yang dimuat naik adalah gambar biasa sahaja, kalau gambar peluk pun tidaklah ia keterlaluan.

 

“Lainlah kalau gambar tersebut gambar bercium atau isteri saya berpakaian seksi yang benar-benar menyentuh sensitiviti,” katanya.

 

Sebanyak lebih 70 keping foto yang dimuat naik di laman sosial milik penyanyi itu dikritik kerana dianggap cuba menunjuk-nunjuk dan terdapat gambar-gambar yang dikatakan tidak sesuai ditayangkan kepada umum.

One thought on “Gambar Berpelukan, Bukan Keterlaluan – Nubhan

  • July 3, 2018 at 10:40 pm
    Permalink

    bodoh tak bertempat…. artis kecuh kepuh bawang jer lebih..abuk tarak…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.