Bom Buatan Sendiri Letupkan Mesin ATM

MELAKA – Bom buatan sendiri yang meletup di sebuah bank di Ayer Keroh di sini telah merosakkan sebuah mesin ATM.

 

Tiga lelaki bertopeng menaiki sebuah kereta mewah sebelum itu dilihat meletakkan dua peranti buatan sendiri di mesin ATM itu kira-kira pukul 2 pagi Selasa.

 

Salah satu daripada peranti itu telah meletup, menyebabkan mesin ATM berkenaan rosak.

 

Skuad bom polis mengalihkan satu lagi bahan letupan pada pukul 9.50 pagi.

 

Ketua Polis Melaka Datuk Wira Chuah Ghee Lye berkata, tiga lelaki bertopeng dalam keadaan mencurigakan telah dilihat menerusi rakaman CCTV bank di tempat kejadian.

 

Beliau berkata, jumlah kerugian masih dinilai. – Mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.