Arsenal Akan Beri Sanchez Tawaran Baru

London – Arsenal bersedia berbincang untuk menawarkan Alexis Sanchez kontrak jangka panjang baru.

 

Sanchez, 26, menikmati kempen debut mengagumkan dengan The Gunners musim lalu, membantu mereka memenangi Piala FA.

 

Pemain antarabangsa Chile itu berjaya menempatkan dirinya sebagai salah seorang pemain utama Arsene Wenger sekaligus membuatkan kelab itu berminat untuk mengikat kontrak baru lapor ESPN.

 

Kontrak semasa Sanchez akan tamat pada 2018, namun Arsenal bersedia untuk menawarkan kepadanya syarat-syarat yang lebih baik kerana mereka tidak mahu bintang utama pasukan itu melewati dua tahun terakhir kontraknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.