Afrika Selatan Tarik Diri Dari ICC

CAPE TOWN – AFRIKA SELATAN. Parti pemerintah Afrika Selatan dilaporkan tidak mahu lagi menjadi sebahagian daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), dan menyifatkan mahkamah itu telah hilang arah.

 

 

Anggota kanan Kongres Kebangsaan Afrika (ANC), Obed Bapela yang mengumumkan perkara itu dalam sebuah taklimat Majlis pada kelmarin berkata, ICC tidak lagi mengikut prinsip yang adil untuk semua orang.

 

 

“Afrika Selatan masih mengibarkan bendera hak asasi manusia dan tidak akan sesekali menurunkannya. Parlimen juga telah ditugaskan untuk membahaskan keahlian negara dalam ICC,” katanya.

 

 

Pada 12 Julai 2010, mahkamah berpangkalan di Hague itu mengeluarkan waran tangkap kepada Presiden Sudan Omar al-Bashir atas tuduhan pembunuhan beramai-ramai di wilayah konflik Darfur.

 

 

Bagaimanapun, kerajaan mengingkari arahan mahkamah dan membenarkan Bashir meninggalkan negara selepas mesyuarat dengan pemimpin Kesatuan Afrika Jun lalu, sekali gus menuntut Afrika Selatan memberi sebab kepada ICC.

 

 

Bashir turut menolak tuduhan itu dan mendakwa ia sebagai konspirasi Barat untuk merampas minyak, gas dan sumber asli lain di Sudan. – Press TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.