Stesen TV Gam Hanez Suraya Kerana ‘Skandal’

Petaling Jaya – Ekoran beberapa kontroversi termasuklah isu skandal suami orang yang mengaitkan diri Hanez Suraya, aktres itu kini khabarnya kehilangan banyak tawaran berlakon.

Kalau dulu tawaran tak putus-putus tapi sekarang nampaknya dia lebih banyak berehat panjang. Tidak cukp dengan itu, Hanez didakwa digam beberapa pihak stesen televisyen.

Dalam satu ruangan gosip laporan akhbar Utusan pada Ahad lalu menyebut, nama Hanez yang dicadangkan oleh pihak produksi telah ditolak oleh stesen televisyen. Kebanyakan stesen televisyen tak berani lagi nak ambil Hanez bimbang rancangan mereka dikeji oleh peminat sekaligus mereka bimbang ia akan memberi impak kurang baik kepada rating.

Laporan berenaan juga menyebit, sumber dari sebuah stesen TV, memang ada ‘tuan penasihat’ yang memantau pelakon mana yang bermasalah dan akan disenaraikan secara terperinci.

Selain Hanez, rata-rata pelakon dan penyanyi yang dilarang muncul termasuklah mereka yang aktif berpolitik songsang dan terlibat dalam perkara jenayah. Tak perlulah Syed sebut siapa yang punya kerja tetapi itulah yang berlaku sebenarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.