Simpan Foto Dalam Dompet, Bukti Kamal Masih Belum Lupakan Intan

Petaling Jaya – Salah seorang peminat Kamal Adli telah membongkar  satu rahsia besar mengenai pelakon kesayangannya itu. Rahsia tersebut ialah tentang kisah pelakon itu masih belum dapat melupakan kekasihnya walaupun hubungan mereka telah putus baru-baru ini.

Menurut sumber(peminat) itu, Kamal masih tidak melupakan kekasihnya, Intan Ladyana.

Sebagai bukti yang Kamal sehingga kini masih tidak melupakan Intan, beliau masih menyimpan foto bekas kekasihnya itu di dalam dompet dan perkara tersebut telah dimuat naik di laman Facebook teman rapat Kamal, semalam (Sabtu).

Jelas peminat itu lagi, Kamal masih belum boleh melupakan Intan, oleh sebab itulah foto bekas kekasihnya masih tersimpan rapi di dalam dompetnya sehingga kini.

Bagaimanapun para peminat yang memberi respon terhadap foto tersebut rata-ratanya mahu aktor tersebut melupakan Intan. Kamal seharusnya menerima hakikat bahawa hubungannya dan Intan Ladyana yang telah terbina sejak enam tahun lalu berakhir pada hujung Ramadan lalu.

Berita putus cinta tersebut didedahkan Intan sendiri dan ia menyebabkan Kamal terkejut kerana menurutnya kata putus bukan keluar dari mulutnya, Kamal juga seakan tidak mahu lepaskan Intan.

Walau bagaimanapun, Kamal sehingga kini masih enggan mengulas lanjut mengenai kenyataan yang dibuat Intan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.