Rafizi Ganti Saifuddin, Setiausaha Agung PKR

Petaling Jaya – PKR dikhabarkan hari ini  telah membuat keputusan telah melantik Naib Presiden parti itu yang juga Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli  sebagai Setiausaha Agung yang baru menggantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail.

Menurut laporan The Star Online, pelantikan baru dilihat sebagai usaha untuk menyatukan parti itu sekarang kerana Timbalan Presiden Azmin Ali telahpun dilantik sebagai Menteri Besar Selangor.

Saifuddin dan Naib Presiden Nurul Izzah Anwar telah dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya partu, manakala Ahli Parlimen Bayan Baru Sim Tze Tzin menjawat jawatan yang dahulunya dipegang oleh Rafizi sebagai Pengarah Strategi parti.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat majlis kepimpinan biro politik dan pusat, yang dipengerusikan oleh Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada malam Ahad.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin berkata langkah itu dilakukan dengan tujuan “untuk meletakkan orang-orang yang terbaik di tempat-tempat yang terbaik”.

“Sekarang Timbalan Presiden kini merupakan Menteri Besar, dia kini sibuk dengan tugas-tugas lain di luar parti. Sebab itulah kita perlu untuk meningkatkan pelantikan,” katanya.

PKR juga telah melantik dua Naib Presiden baru, sebagai tambahan kepada tiga Naib Presiden yang dipilih.

Parti itu masih belum melantik Naib Presiden ketiga tetapi adalah dipercayai bahawa kedudukan itu dikhaskan untuk akademik Melayu.

“Naib Presiden baru adalah ADUN Sri Andalas Dr Xavier Jayakumar dan MP Penampang, Darell Leiking.

“Satu nama lagi kami belum ssahkan, kami sudah mempunyai nama itu. Tetapi ada perkara-perkara tertentu yang perlu dibersihkan, kami akan membuat pengumuman (mengenai perkara ini),” kata Zuraida.

Sementara itu, beliau berkata, Fahmi Fadzil kekal sebagai Pengarah Komunikasi parti.

PKR dijangka membuat pengumuman rasmi tidak lama lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.