Polis Kemboja Tahan Tiga Suspek Bunuh Wartawan

Phnom Penh – Polis Kemboja menahan tiga orang, termasuk seorang pedagang balak, yang dipercayai ada kaitan dengan pembunuhan seorang wartawan yang ditembak mati berikutan penyiasatan yang dilakukan mengenai pembalakan haram.

Ketua Persatuan Wartawan Khmer untuk Demokrasi, Sok Sovann, berkata wartawan sambilan Taing Try, 49, ditembak di kepala dan mati serta-merta awal pagi semalam di sebuah kawasan hutan terpencil di wilayah Kratie.

Kumpulan yang memperjuangkan alam sekitar berkata kegiatan pembalakan haram berlaku dengan berleluasa di Kemboja, dan kadangkala dilindungi agensi kerajaan atau orang berpengaruh.

Taing Try sedang menyiasat perdagangan pembalakan haram dengan beberapa rakannya ketika kejadian itu berlaku.

Savann berkata pada kira-kira tengah malam Sabtu lalu mereka ternampak balak dibawa dengan beberapa kereta lembu, dan apabila kenderaan mereka tersangkut di dalam lumpur, pemilik balak itu menghampiri mereka.

Timbalan Ketua Polis Kratie, Oum Phy berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit termasuk seorang ketua polis masyarakat, pegawai polis tentera dan bekas askar serta pedagang balak bernama La Narong yang mengakui melakukan pembunuhan itu – AP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.